FAQ

Berikut adalah soalan yang kerap ditanyakan


Adakah Program ini Sah/Legal?
Club-Asteria adalah syarikat berdaftar USA di alamat berikut :
 
HONG KONG HEADQUARTERS ADDRESS
Asteria Holdings Limited (Hong Kong)
Suite 1005, Albion Plaza
2-6 Granville Road
Tsimshatsui, Kowloon
Hong Kong
Fax: 1-703-832-0772
Email: info@club-asteria.com

US OFFICE ADDRESS
Club Asteria, Asteria Corporation
1934 Old Gallows Road
Suite 350, Vienna, VA, USA 22182
Tel: 1-703-226-8097
Fax: 1-703-832-0772
Email: info@club-asteria.com

Diasaskan oleh Andrea Lucas, bekas Pengarah Bank Dunia.
Anda boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Nota: Kami sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat/dokumentasi legality dari pihak Club-Asteria. Difahamkan club-asteria telah didaftarkan di Virginia dan juga ahli "Chamber of Commerce" dan sijil2 berkaitan hanya boleh diperolehi selepas Club-Asteria beroperasi lebih dari setahun dialamat yang sama seperti diatas. Syarikat baru beroperasi mulai Januari 2010.

Adakah Ini Skim Cepat Kaya?
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Maklumat lanjut disini (sumber BNM)

 Adakah Program Ini Halal?
Club-Asteria bukan skim pelaburan. Ia adalah program keahlian dan juga berkongsi keuntungan dengan ahli-ahli. Tiada jaminan keuntungan diberikan. Bonus yang diterima adalah hadiah/saguhati bukan hasil pelaburan kerana tiada unsur pelaburan yang terlibat.

Syarikat juga telah berjanji tidak melibatkan dengan program pelaburan, perjudian dan syarikat arak kerana bukan itu matlamat syarikat.

Keuntungan mingguan adalah tidak tetap, paling tinggi ialah 10% dan ia mungkin boleh turun sehingga 0% bergantung kepada keuntungan syarikat. Had maksima asterios yang dibenarkan ialah 20,000 asterios atau dengan kata lain bonus yang paling tinggi jika berdasarkan 10% ialah $400 seminggu (maksima) tetapi ia akan lebih rendah jika peratusan turun atau tiada langsung. Anda tidak akan rugi jika syarikat tidak untung, cuma anda tidak akan mendapat apa2 bonus atau 0%. 

Pembelian asterios tambahan adalah pilihan dan anda boleh menyertai program ini dengan kos serendah $10 sebulan. Kelebihan membeli asterios ialah hanya untuk mempercepatkan mencapai tahap maksima 20,000 asterios yang dibenarkan selain untuk memohon menjadi Network Director dan bukan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.
Betulkah Program ni berkonsep Duduk Diam Dapat Duit (4D)?
 
Sekali lagi, Club-Asteria bukan program pelaburan dan tiada perjanjian diantara anda dengan syarikat. Konsep 4D adalah tidak tepat..

Pertama, anda perlu bayar keahlian setiap bulan untuk melayakkan mendapat bonus mingguan dan lain2 kemudahan.  Jika anda duduk diam dan tak bayar, bagaimana anda boleh dapat komisen?

Keduanya, bonus mingguan tidak tetap dan mungkin akan kosong atau 0%, ini bermakna anda tidak akan dapat apa2 bonus. Bagaimana anda boleh duduk diam dapat duit jika bonus anda kosong/zero?

Bonus mingguan adalah hadiah/saguhati dari pihak syarikat. Club-Asteria berhak menentukan berapa bonus yang anda dapat minggu ini.
Apakah Bukti Club-Asteria Bayar?

Sila lihat bukti pembayaran oleh salah-seorang ahli kami:




Proof of Payment - Weekly Withdrawal
*including weekly bonus + referral commission + group bonus